Aplikasi Kaedah Kajian Program Peningkatan Kemahiran Membaca
Dalam program kemahiran membaca ini, kajian dijalankan bagi mengenal pasti tahap pencapaian pengetahuan dan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar. Kaedah kajian yang digunakan ialah dengan melakukan ujian awal atau diagnostik dan kaedah temubual. Kaedah ini boleh juga diaplikasikan oleh guru bagi mengkaji pelbagai aspek berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran mahupun aspek lain yang turut berkaitan dengan pelajar. Seorang guru harus tahu menjalankan kajian yang berkaitan dengan pelajar. Guru harus menguasai langkah atau kaedah melakukan kajian. Setiap kajian perlu dilakukan dengan teratur dan terperinci. Hal ini adalah amat penting agar kita memperoleh hasil yang tepat. Sebelum melakukan kajian, guru perlu mengenal pasti masalah atau perkara yang ingin dikaji. Setelah itu, guru perlu mengumpul pelbagai maklumat yang berkaitan dan memilih kaedah kajian yang bersesuaian. Contohnya, dalam mengkaji perkara berkaitan dengan kemahiran membaca, pengkaji telah memilih kaedah berdasarkan pendekatan Bunyi Suku kata dan pendekatan Fonemik. Pendekatan atau kaedah yang bersesuaian adalah amat penting agar kajian mudah dilakukan serta hasil keputusan yang tepat dapat diperoleh. Kemahiran membaca merupakan satu faktor yang penting dalam proses pembelajaran. Seorang murid perlu mempunyai kemahiran membaca yang baik jika ingin meningkatan prestasi pembelajarannya. Seseorang yang mempunyai kemahiran membaca yang lemah akan mengambil masa yang lama untuk menghabiskan dan memahami sesuatu isi pembelajaran. Hal ini akan menyebabkan pelajar ketinggalan dan menyukarkan guru untuk meneruskan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu bertindak untuk mengatasi masalah ini. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemahiran membaca pelajar. Antaranya ialah guru perlu mengetahui tahap perkembangan setiap pelajarnya. Hal ini perlu bagi memudahkan guru membuat perancangan pembelajaran yang berkesan semasa proses pengajaran. Guru perlu bijak menyesuaikan isi pembelajaran mengikut tahap pelajarnya. Sebagai contoh, pelajar yang lemah kemahiran membacanya perlu diberi lebih pehatian dan proses pemulihan perlu dilakukan, sebaliknya pelajar yang mahir perlu diberi pengayaan. Guru juga perlu memberi latihan yang berkesan dan cukup kepada pelajar. Latihan secara langsung seperti kerja rumah dan secara tidak langsung seperti melibatkan pelajar dalam pertandingan dan semasa proses pengajaran perlu dilakukan. Selain itu, guru perlu sentiasa melakukan penilaian. Penilaian amat penting untuk mengetahui perkembangan pelajar. Dengan itu kelemahan pelajar dapat dikenal pasti sekaligus memudahkan guru merancang strategi pengajaran seterusnya. Penilaian seperti ujian lisan juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran membaca pelajar. Oleh itu, sebagai seorang guru kita perlu bijak memilih strategi yang paling berkesan untuk pelajar.
Aplikasi Kaedah Kajian Program Peningkatan Kemahiran Membaca
ReplyDeleteDalam program kemahiran membaca ini, kajian dijalankan bagi mengenal pasti tahap pencapaian pengetahuan dan kemahiran membaca dalam kalangan pelajar. Kaedah kajian yang digunakan ialah dengan melakukan ujian awal atau diagnostik dan kaedah temubual. Kaedah ini boleh juga diaplikasikan oleh guru bagi mengkaji pelbagai aspek berkaitan proses pengajaran dan pembelajaran mahupun aspek lain yang turut berkaitan dengan pelajar. Seorang guru harus tahu menjalankan kajian yang berkaitan dengan pelajar. Guru harus menguasai langkah atau kaedah melakukan kajian. Setiap kajian perlu dilakukan dengan teratur dan terperinci. Hal ini adalah amat penting agar kita memperoleh hasil yang tepat.
Sebelum melakukan kajian, guru perlu mengenal pasti masalah atau perkara yang ingin dikaji. Setelah itu, guru perlu mengumpul pelbagai maklumat yang berkaitan dan memilih kaedah kajian yang bersesuaian. Contohnya, dalam mengkaji perkara berkaitan dengan kemahiran membaca, pengkaji telah memilih kaedah berdasarkan pendekatan Bunyi Suku kata dan pendekatan Fonemik. Pendekatan atau kaedah yang bersesuaian adalah amat penting agar kajian mudah dilakukan serta hasil keputusan yang tepat dapat diperoleh.
Kemahiran membaca merupakan satu faktor yang penting dalam proses pembelajaran. Seorang murid perlu mempunyai kemahiran membaca yang baik jika ingin meningkatan prestasi pembelajarannya. Seseorang yang mempunyai kemahiran membaca yang lemah akan mengambil masa yang lama untuk menghabiskan dan memahami sesuatu isi pembelajaran. Hal ini akan menyebabkan pelajar ketinggalan dan menyukarkan guru untuk meneruskan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu bertindak untuk mengatasi masalah ini. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemahiran membaca pelajar. Antaranya ialah guru perlu mengetahui tahap perkembangan setiap pelajarnya. Hal ini perlu bagi memudahkan guru membuat perancangan pembelajaran yang berkesan semasa proses pengajaran. Guru perlu bijak menyesuaikan isi pembelajaran mengikut tahap pelajarnya. Sebagai contoh, pelajar yang lemah kemahiran membacanya perlu diberi lebih pehatian dan proses pemulihan perlu dilakukan, sebaliknya pelajar yang mahir perlu diberi pengayaan.
Guru juga perlu memberi latihan yang berkesan dan cukup kepada pelajar. Latihan secara langsung seperti kerja rumah dan secara tidak langsung seperti melibatkan pelajar dalam pertandingan dan semasa proses pengajaran perlu dilakukan. Selain itu, guru perlu sentiasa melakukan penilaian. Penilaian amat penting untuk mengetahui perkembangan pelajar. Dengan itu kelemahan pelajar dapat dikenal pasti sekaligus memudahkan guru merancang strategi pengajaran seterusnya. Penilaian seperti ujian lisan juga secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran membaca pelajar. Oleh itu, sebagai seorang guru kita perlu bijak memilih strategi yang paling berkesan untuk pelajar.